PORTAL RASMI
LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR

Statistik Data Terbuka Kerajaan

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor

Promosi Data Terbuka Kerajaan

Halaman ini memaparkan maklumat Data Terbuka Kerajaan serta katalog set data Selangor yang boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi awam dan swasta.

Pengenalan Data Terbuka Kerajaan

Data terbuka merujuk data kerajaan yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka dapat meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara melalui industri/inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan.

Portal Data Terbuka Sektor Awam (DTSA) iaitu www.data.gov.my telah dibangunkan pada tahun 2014 dan telah mendapat penarafan Data Terbuka pada peringkat antarabangsa pada kedudukan ke-41 daripada 86 negara. Portal DTSA memudahkan data terbuka kerajaan diakses secara berpusat daripada sumber yang rasmi.

Maklumat lanjut mengenai Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam boleh dirujuk melalui pekeliling berikut:

Data Terbuka Kerajaan Negeri Selangor

Kerajaan Negeri Selangor mengambil bahagian di dalam menyumbang data kepada Portal Data Terbuka Sektor Awam Malaysia supaya boleh dimanfaatkan oleh semua pengunjung. Halaman ini diwujudkan bertujuan untuk memaparkan set data yang boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Data disediakan oleh pelbagai jabatan negeri dan diselaraskan oleh Seksyen Data di Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor seperti berikut:

Seksyen Data

Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Tingkat 15, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam, Selangor

03-5544 7948 / 03-5521 2464

Terma Penggunaan Data

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah berdasarkan tatacara dan mematuhi terma dan syarat.

Rujuk Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan Malaysia

Katalog & Pautan ke Dataset

Layari katalog data semasa di Portal Data Malaysia

Bil Tajuk Set Data Format
1. Maklumat Hutan Simpanan Kekal di Negeri Selangor xlsx
2. Bilangan Ternakan Kategori Ruminan Mengikut Daerah di Negeri Selangor xlsx
3. Jumlah dan Jenis Pelaburan yang Diluluskan Mengikut Daerah Pentadbiran, Selangor xlsx
4. Keluasan Kawasan Akuakultur Mengikut Daerah di Negeri Selangor xlsx
5. Maklumat Balai Penghulu bagi Setiap Mukim di Negeri Selangor xlsx
6. Bilangan Asnaf, Fakir dan Miskin Mengikut Daerah di Negeri Selangor xlsx
7. Prestasi Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor, 2016–2017 xlsx
8. Jumlah Kutipan Zakat Mengikut Jenis Tahun 2009–2015 xlsx

Senarai dataset sedang dikemaskini. Portal CKAN lama telah diganti — dataset sejarah boleh dijumpai di archive.data.gov.my; katalog semasa di data.gov.my/data-catalogue.

Statistik Umum Pelaburan Negeri Selangor

Sumber: Invest Selangor Sdn Bhd

Statistik Umum Pelaburan Negeri Selangor