PORTAL RASMI
LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR

Sekitar Lawatan Tapak Projek Penswastaan (RMM) Sungai Petai, Daerah Alor Gajah, Melaka
Sekitar Lawatan Tapak Projek Penswastaan (RMM) Sungai Petai, Daerah Alor Gajah, Melaka dan Majlis Makan Malam bersama Delegasi Kakitangan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor yang diketuai oleh YBhg. Dato’ TPr Dr. Juhari bin Ahmad, Pengarah Eksekutif LPHS

02-02-2024 04:33 PM

BENGKEL PERANCANGAN SASARAN KERJA UTAMA 2024 LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR (LPHS)
BENGKEL PERANCANGAN SASARAN KERJA UTAMA 2024 LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR (LPHS) Tarikh : 31 Januari 2024 - 2 Februari 2024 (Rabu -Jumaat) Tempat : DoubleTree by Hilton Hotel, Jalan Melaka Raya 23, Melaka. Perasmian bengkel ini telah disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif LPHS, Dato' TPr Dr. Juhari bin Ahmad. Hadir sama Tuan Mohd Hafiz bin Hassan (Timbalan Pengarah Eksekutif), Puan Normaliza binti Md Rayis (Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan), Tuan Nor Hanizan bin Sahib (Ketua Bahagian Pembangunan Operasi) serta ketua-ketua unit daripada setiap bahagian. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membentangkan Pencapaian Sasaran Kerja Utama Tahun 2023 dan membincangkan hala tuju serta Sasaran Kerja Utama Tahun 2024 LPHS.

02-02-2024 04:31 PM

KUNJUNGAN HORMAT PERBADANAN WAKAF SELANGOR (PWS) KE LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR (LPHS)
KUNJUNGAN HORMAT PERBADANAN WAKAF SELANGOR (PWS) KE LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR (LPHS) Tarikh : 10 Januari 2024 Hari : Rabu Masa : 10.00 pagi - 12.30 tengah hari Tempat : Bilik Mesyuarat Alamanda LPHS Kunjungan hormat yang melibatkan seramai 6 orang delegasi dari PWS ini adalah bertujuan untuk berkongsi info dan maklumat mengenai kaedah-kaedah yang boleh diambil oleh LPHS dalam melaksanakan ibadah wakaf bagi membantu rakyat Negeri Selangor. Majlis kunjungan hormat yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ TPr Dr. Juhari bin Ahmad berbesar hati menerima dan menyambut kedatangan YBhg. Dato’ Haji Ibrahim bin Md Yusuf, YBhg. Dato’ Mohd Misri bin Haji Idris, YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar serta pegawai-pegawai PWS ke LPHS. Semoga kunjungan hormat ini akan menjadi platform kepada LPHS dan PWS untuk membina kerjasama serta hubungan yang lebih erat pada masa akan datang.

10-01-2024 04:36 PM

KUNJUNGAN HORMAT LEMBAGA TABUNG AMANAH WARISAN NEGERI TERENGGANU (LTAWNT)
KUNJUNGAN HORMAT LEMBAGA TABUNG AMANAH WARISAN NEGERI TERENGGANU (LTAWNT) KE LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR (LPHS) Tarikh : 8 Januari 2024 Masa : 10.00 Pagi - 12.30 Tengah Hari Tempat : Bilik Mesyuarat Alamanda, LPHS Kunjungan hormat yang melibatkan seramai 11 orang pegawai daripada LTAWNT ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan info mengenai kaedah pengurusan perumahan yang dilaksanakan oleh LPHS di Negeri Selangor.

08-01-2024 04:41 PM