PORTAL RASMI
LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR

Mengenai LPHS

LATAR BELAKANG LPHS

  • Ditubuhkan melalui Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor yang diwartakan di bawah Warta Kerajaan Negeri Selangor, Enakmen No. 14/2001 Jilid 54 No. 26 bertarikh 26 Disember 2001.
  • Mula beroperasi pada 1 Mac 2002.
  1. VISI
    1. “Menjadi peneraju kepada pembangunan perumahan dan hartanah yang mampan dan lestari di Negeri Selangor”
  2. MISI
    1. Memperluaskan Akses Kepada Perumahan Dan Hartanah Yang Berkualiti Dan Mampu Milik
    2. Memantapkan Mekanisme Pengagihan Dan Pemilikan
    3. Memperkasakan Program Pembangunan Kualiti Hidup Komuniti

TUJUAN PENUBUHAN

  • LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR (LPHS)
    1. Menggubal dan melaksanakan dasar dan polisi perumahan hartanah Negeri Selangor
    2. Memantapkan mekanisme pengagihan Rumah Selangorku
    3. Memantau pembinaan Rumah Selangorku
    4. Penyelarasan bersama 12 COB PBT di Negeri Selangor untuk memastikan kepatuhan akta pengurusan strata (2013) [Akta 757] dan program-program Pemberdayaan Komuniti
    5. Memantapkan mekanisme penyelenggaraan kuota bumiputera di Negeri Selangor
    6. Menetapkan mekanisme penjualan semula (sub-sale)/pindah milik hartanah harga kawalan di Negeri Selangor

 

LOGO LPHS

SENARAI PENGARAH EKSEKUTIF LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR

Tarikh Akhir kemaskini : 14-03-2023 09:47 AM