Enakmen Kebebasan Maklumat
Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011 digubal dengan objektif untuk mempertingkatkan penzahiran maklumat bagi kepentingan awam dan untuk memberi peluang kepada setiap individu untuk mengakses maklumat yang dibuat oleh Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri melalui permohonan yang dikemukakan kepada Jabatan yang berkenaan. Enakmen ini telah diwartakan pada 25 Ogos 2011 dan berkuatkuasa mulai 5 Mac 2013 sebagaimana perkenan DYMM Sultan Selangor. Turut berkuatkuasa pada tarikh yang sama ialah dua (2) undang-undang subsidiari yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi menyokong peruntukan-peruntukan Enakmen ini, iaitu Peraturan-Peraturan Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) (Akses Kepada Maklumat) 2012 dan Kaedah-Kaedah Badan Maklumat Negeri (Negeri Selangor) 2012.
(Sila rujuk Garis Panduan Pelaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011 seperti dilampirkan di bawah untuk informasi lanjut).
🔍 Proses Permohonan
Mendapatkan Maklumat
- Bayar Baki Fi (Jika Ada)
- Akses Maklumat Dipohon
- Kemuka Rayuan Kepada Badan Maklumat Negeri
- Dalam Tempoh 21 Hari
Sekiranya memerlukan sebarang maklumat atau bantuan berhubung perkara ini, sila hubungi Pegawai Maklumat di Bahagian Khidmat Pengurusan, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor di talian terus 03-55447329 atau e-mel normaliza@lphs.gov.my.
Mana-mana orang awam dan organisasi luar yang ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana Jabatan Kerajaan Negeri boleh berbuat demikian dengan mematuhi prosedur-prosedur berikut:-
Muat Turun / Pautan Berkaitan: