Mengenai LPHS
LATAR BELAKANG LPHS
- Ditubuhkan melalui Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor yang diwartakan di bawah Warta Kerajaan Negeri Selangor, Enakmen No. 14/2001 Jilid 54 No. 26 bertarikh 26 Disember 2001.
- Mula beroperasi pada 1 Mac 2002.
- VISI
- “Menjadi peneraju kepada pembangunan perumahan dan hartanah yang mampan dan lestari di Negeri Selangor”
- MISI
- Memperluaskan Akses Kepada Perumahan Dan Hartanah Yang Berkualiti Dan Mampu Milik
- Memantapkan Mekanisme Pengagihan Dan Pemilikan
- Memperkasakan Program Pembangunan Kualiti Hidup Komuniti
TUJUAN PENUBUHAN
- LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR (LPHS)
- Menggubal dan melaksanakan dasar dan polisi perumahan hartanah Negeri Selangor
- Memantapkan mekanisme pengagihan Rumah Selangorku
- Memantau pembinaan Rumah Selangorku
- Penyelarasan bersama 12 COB PBT di Negeri Selangor untuk memastikan kepatuhan akta pengurusan strata (2013) [Akta 757] dan program-program Pemberdayaan Komuniti
- Memantapkan mekanisme penyelenggaraan kuota bumiputera di Negeri Selangor
- Menetapkan mekanisme penjualan semula (sub-sale)/pindah milik hartanah harga kawalan di Negeri Selangor
LOGO LPHS
SENARAI PENGARAH EKSEKUTIF LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR