PORTAL RASMI
LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR

LOGO LPHS

Rekabentuk logo menunjukkan imej korporat LPHS sejajar dengan peranan LPHS dalam industri perumahan dan hartanah yang dinamik ke arah Selangor Negeri Maju. Warna emas dan blue turquoise adalah simbol keazaman LPHS untuk menjadi sebuah organisasi yang kukuh dan cemerlang di Selangor.

 

Rekabentuk berbentuk tiga segi menunjukkan usaha LPHS yang berterusan dalam mewujudkan senario industri perumahan yang responsif dan dinamik dan ini telah dibuktikan melalui pelbagai projek pembangunan perumahan Negeri Selangor.

 

Reka bentuk simbolik berbentuk pintu mewujudkan inspirasi dalam merealisasikan dasar satu keluarga satu rumah yang sempurna dan rumah mampu milik untuk rakyat Selangor

 

Tarikh Akhir kemaskini : 06-03-2023 12:13 PM