Senarai nama pemohon yang diperakukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Senarai Nama
BERIKUT ADALAH SENARAI NAMA PEMOHON YANG TELAH DIPERAKUKAN DALAM MESYUARAT JAWATANKUASA PEMILIHAN SENARAI NAMA PEMOHON BIL. 18/2024 (Tarikh Akhir Bantahan: 5/12/2024 ) UNTUK DITAWARKAN RUMAH SELANGORKU DAN KEDAI MAMPU MILIK.
SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG BANTAHAN TERHADAP NAMA YANG TELAH DISENARAIKAN DI BAWAH, MAKA BANTAHAN SECARA RASMI BOLEH DIBUAT KEPADA LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR SEPERTI BERIKUT:
- Borang bantahan boleh dimuat turun di pautan ini atau pengadu boleh mendapatkan borang di pejabat LPHS.
-
Borang bantahan boleh dimasukkan di dalam Peti Bantahan Penawaran di Podium Selatan, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40503, Shah Alam atau;Borang bantahan boleh diimbas (scanned) dan di e-mel ke: bantahanpenawaran@lphs.gov.my
SYARAT-SYARAT BANTAHAN
-
Segala aduan adalah sulit dan bagi tujuan pihak LPHS sahaja.
-
Aduan dan maklumat hendaklah jelas dan lengkap.
-
Sebarang bantahan adalah tertakluk kepada paparan senarai nama pemohon yang berjaya seperti mesyuarat pemilihan yang dinyatakan sahaja
-
Aduan mestilah dihantar dalam tempoh 14 hari daripada paparan senarai nama pemohon yang berjaya.
-
Aduan perlu ada pembuktian yang jelas.
-
Pihak LPHS berhak menggugurkan bantahan penawaran jika maklumat pembuktian tidak lengkap.
-
Segala keputusan Jawatankuasa Bantahan adalah muktamad.
PENGARAH EKSEKUTIF
LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR