Portal Rasmi
LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR

Pada 30 Mei 2022, Unit Integriti LPHS telah menganjurkan program lawatan ke Penjara Sungai Buloh. Lawatan ini merupakan salah satu aktiviti di bawah program pengukuhan integriti dan penerapan nilai murni kepada pegawai dan kakitangan LPHS disertai oleh seramai 41 kakitangan. Program ini bertujuan memberi kesedaran dan peringatan kepada pegawai dan kakitangan agar menjauhi rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa yang boleh mengakibatkan seseorang itu dijatuhkan hukuman jika disabitkan atas kesalahan tersebut. Kesan dan akibat daripada gejala rasuah juga boleh menghancurkan keharmonian serta kesejahteraan hidup seseorang. Kesimpulannya, program ini sangat bermanfaat kerana secara tidak langsung menggalakkan warga kerja untuk sentiasa muhasabah diri sekaligus mengukuhkan integriti dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing.


03-06-2022 12:29 AM


03-06-2022 12:29 AM


03-06-2022 12:29 AM


03-06-2022 12:29 AM


03-06-2022 12:29 AM


03-06-2022 12:29 AM


03-06-2022 12:29 AM


03-06-2022 12:29 AM